Program “Mari Belajar Bersama” adalah ekoran dari program CERDEK yang telah dilaksanakan pada tahun 2010. Program “Mari Belajar Bersama” adalah salah satu program bagi membantu pelajar-pelajar LINUS untuk menguasai 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).
Murid-murid yang terlibat di dalam program ini adalah murid-murid yang berada di dalam kelas tahun 2 Mawar sahaja kerana pelajar-pelajar Arus Perdana telah dimasukkan ke kelas 2 Melur. Program ini juga akan dijalankan untuk pelajar-pelajar tahun 1 setelah mereka menduduki ujian Saringan 1. Setelah ujian saringan 3 dijalankan, terdapat 34 orang pelajar tahun 2 yang masih belum melepasi ujian LITERASI dan 36 orang untuk NUMERASI. Daripada semua pelajar LINUS ini hanya 6 orang yang masih LINUS Tegar untuk Literasi manakala 3 orang untuk Numerasi. Walaubagaimanapun, tidak semua pelajar yang berada di dalam kelas 2 Mawar adalah pelajar yang lemah di dalam LIterasi dan Numerasi. Pelajar-pelajar ini adalah digalakkan untuk membantu rakan-rakan yang masih lemah disamping memotivasikan diri mereka agar lebih berkeyakinan dengan cara memberi kepercayaan untuk membimbing rakan sebaya.
Graphisoft ArchiCAD 16 Build 3006 x64 + Crack + Goodies.torrent Infohash 35260e6e851333f3f9f55a009d97e7 Size 1.29 GB. Graphisoft ArchiCAD 16 Build 3006 x64 + Crack + Goodies torrent download, free download via HTTP available as well. Torrent Contents. Graphisoft ArchiCAD 16 Build 3006 x64 + Crack + Goodies. AC16-3006-INT64.exe 717 MB; BS16-3006-INT64.exe 75 MB; BM16-3006-INT64.exe 48 MB. Download Graphisoft ArchiCAD 16 Build 3006 x64 + Crack + Goodies torrent or any other torrent from Windows category. Graphisoft ac16-3006 x64. Graphisoft AC16-3006 X64 _GArchiCAD_16INT.part2.rar 405 MB _GArchiCAD_16INT.part1.rar 405 MB _GArchiCAD_16INT.part3.rar 325 MB; Please note that this page does not hosts or makes available any of the listed filenames. You cannot download any of those files from here.
Penambahbaikan Program Nilam
Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan Sekolah Rendah Penambahbaikan 1: Disiplin murid dan Saman terhadap guru Refleksi: saya difahamkan guru tidak dibenarkan merotan, jeling mahupun menunjukkan muka marah kepada murid sekolah rendah (apatah lagi memarahi murid). Hanya nasihat yang berulang kali merupakan tindakan yg dibenarkan oleh kementerian. Yang mana kita meliat suatu budaya kepentingan individu mengatasi kepentingan masyarakat seperti ‘penghapusan public canning’.
Entradas sobre el poder de la mente escritas por mohamedochoa. El poder de mantenerse enfocado.
Guru perlu pupuk hanya dengan kaedah kasih sayang. Malahan ada program sambut murid di sekolah. Hakikatnya sangat ramai guru kasih kepada anak murid berbanding yg kejam. Justeru dengan bilangan murid yg ramai dalam satu kelas (melebihi 30 orang x 5 kelas) dan berasal dari persekitaran yg bercampur (setiggan, pendatang asing, ibu bapa yg tahu hak murid dan tidak tahu hak guru), sangat sukar untuk mendisiplinkan murid dengan hanya senyuman dan sifat ramah.
Sangat sukar untuk memastikan murid tidak berlari-lari ketika hendak ke kantin dan juga ketika berada dikantin. Sangat sukar jika hanya beramah mesra dengan murid yg tiada inisiatif membawa buku/menyiapkan latihan/berbual-bual dengan rakan/mengganggu rakan sekelas. Sangat sukar dalam satu waktu pembelajaran yg sama dengan hanya bermodalkan senyuman/nasihat dan ramah mesra perlu memastikan semua murid menikmati pembelajaran yang menyeronokkan, selesa di dalam kelas tanpa gangguan dan pengaruh tidak baik (dari rakan yg yg belum ke arah positif), mengatasi murid yg bersikap negatif terhadap rakan, mengenalpasti murid murid yg lemah dalam topic yang di ajar pada hari sesi tersebut, membantu murid yang lemah tersebut, mendengar luahan/aduan daripada murid, memastikan murid yg faham dapat melaksanakan/menyelesaikan latihan dengan baik.
Realitinya kebanyakkan murid yg melakukan kesalahan akan hanya berhenti sebentar setelah ditegur. Kemudian melakukannya semula. Tanpa ketegasan sangat sukar untuk menguruskan kelas.
Itu belum ditambah dengan situasi tiba-tiba seperti murid muntah, buang air dalam seluar dan murid hilang alat tulis/barangan beharga seperti jam. Kesan/Masalah: Guru tidak dapat kawal kelas terutamanya murid yang biadap terhadap guru sehingga menyebabkan guru hilang kawalan seperti marah/rotan/denda dengan tidak sengaja hingga menyebabkan murid takut datang sekolah, lantas ibu bapa pula yang datang memarahi guru(walaupun kadangkala murid hanya menjadikan guru alasan tidak datang sekolah dan ini sering terjadi kepada rakan sekerja walaupun guru tersebut langsung tidak pernah mengajar murid yang takut tadi). Perlu diingatkan, fokus guru yang paling utama adalah pembelajaran murid bukan permasalahan disiplin murid semata.
Cadangan penyelesaian: Mewujudkan satu tugas guru disiplin yang khusus (seperti guru kaunseling) yang tidak mempunyai waktu mengajar dan hanya fokus dalam disiplin murid. Untuk makluman, kecederaan di sekolah rendah juga berpunca dari sikap murid yang berebut-rebut dan suka bermain/bergusti/bermain kejar-kejar. Justeru, dengan adanya guru tersebut, segala hal disiplin murid dapat dirujuk kepada beliau. Guru disiplin tersebut juga mestilah dilatih dengan kemahiran khusus dalam mengendalikan hal ehwl disiplin pelajar juga perundangan.
Dan tambahan untuk sekolah menengah guru disiplin tersebut dilantik dari kalangan pegawai polis/tentera yang bersara awal agar mudah untuk berhubung baik dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam isu berkaitan jenayah juvana yang semakin meningkat. Cadangan langkah paling mudah ialah melantik dan melatih guru kaunseling menjadi guru disiplin dan kaunseling dalam masa yang sama. Dengan itu apabila masalah disiplin di dalam kelas dan sekolah dirujuk kepada seorang guru, pembelajaran di dalam kelas dapat dijalankan dengan baik. Penambahbaikan 2: Konsep Modal insan dan penggunaan Band dalam KSSR Refleksi: Umum mengetahui dasar KSSR yang menggunakan band sebagai penanda aras tahap kemahiran murid. Tetapi jika kita mengambil konsep modal insan, penggunaan band untuk subjek matematik bukan sahaja kurang relevan malahan melecehkan.
Contohnya murid kelas lemah biasanya tidak dapat menguasai susunan nombor dengan baik. Ada juga yang tidak mampu untuk mengeja nombor dalam perkataan dengan baik berbanding mengenal/menyebut/menulis angka. Justeru mereka biasanya mengalami masalah dalam memadankan nombor dengan perkataan, menulis nombor dalam perkataan, mengisi tempat kosong dan bundarkan nombor. Namun biasanya muri-murid ini dapat menguasai kemahiran menyelesaikan soalan melibatkan angka seperti operasi matematik. Masalah: Penggunaan band mengelirukan dengan diskripsi yang kurang jelas. Murid akan rugi jika tidak dapat kuasai asas nombor (band 1) walaupun mungkin mereka dapat kuasai operasi matematik (band 3). Cadangan: tukar penggunaan band kepada istilah ‘kemahiran’ merujuk berapa banyak kemahiran yang telah murid kuasai berbanding rakan lain.
Contohnya kemahiran 7:tambah 2 nombor 3 digit tanpa kumpul semula. Kemahiran 8: tambah 2 nombor 3 digit dengan kumpul semula. Justeru guru jelas kemahiran apa yang perlu dikuasai murid dan kemahiran apa yang masih belum dikuasai.
Dan prestasi murid diukur bedasarkan berapa banyak kemahiran yang telah dikuasai. Penambahbaikan 3: LINUS, keciciran dan Kelas Pemulihan Refleksi: LINUS dikatakan untuk memberikan murid pengtahuan asas matematik. Murid LINUS ini boleh jadi terdiri daripada murid yang tercicir (tidak bersekolah sebelumnya), murid yang lemah penguasaannya dan murid yang berkeperluan khas. Pernah dalam satu kursus yang dijalankan mengesyorkan bentuk P&P bercampur bermaksud dalam satu kelas ada 2 kategori murid iaitu murid arus perdana dan murid LINUS. Biasanya kelas sebegini terdiri daripada murid arus perdana yang lemah dan murid LINUS yang sangat lemah. Juga murid ini akan menggunakan 2 silibus yang berbeza. Malahan pernah terjadi soalan saringan LINUS yang dikeluarkan telah melangkaui topik yang sebenarnya belum diajarkan kepada murid.
Masalah: Secara teori mudah untuk dilaksanakan tetapi tidak secara praktikal. Kerana murid arus perdana yang lemah perlu perhatian dan perlu sntiasa dibimbing justeru harus sentiasa diperhatikan manakala murid LINUS pula memerlukan extra perhatian dan extra bimbingan berbanding murid arus perdana yang lemah tadi.
Justeru dengan bilangan murid yang ramai, bagaimana tumpuan dapat diberikan kepada murid yang lemah dan sangat lemah ini? Tambahan murid LINUS ini bukan tergolong murid LINUS TEGAR (tidak mengenal nombor) yang tidak memungkinkan mereka dirujuk ke kelas pemulihan. Masalah dua kategori murid dalam satu kelas juga berlarutan apabila murid LINUS telah berjaya ke arus perdana kerana silibus kepada murid arus perdana sebelumnya, sudah ke hadapan. Di tambah lagi dengan dasar baru KSSR yang perlu memastikan murid kuasai bermula dari asas, masalah dua kategori murid ini tidak akan berakhir hingga hujung tahun.
Keadaan seperti ini yang menyumbang kepada masalah keciciran murid kerana dengan murid yang pelbagai aras, guru tidak dapat menumpukan perhatian terhadap setiap orang murid. Sebagai ingatan, guru perlu mengikut/menghabiskan silibus kerana jika tidak boleh menghadapi tindakan saman.
Tambahan pula seorang pegawai PBS di jabatan pernah memberitahu perlu fokuskan LINUS bagi murid LINUS. Justeru jika saringan kedua dilakukan pada bulan JUN, dan murid ini berjaya ke arus perdana, murid ini perlu mula diajarkan semula band-band yang belum dikuasainya daripada awal. Dalam masa 4-5 bulan sebelum penggal sekolah berakhir, guru perlu memastikan murid-murid yang umumnya lemah ini menguasai band-band yang sekian banyaknya. Cadangan penyelesaian: Hapuskan LINUS dan Naik taraf kelas pemulihan menjadi satu bentuk kelas remedial yang memfokuskan murid lemah asas 4M dan pembelajaran topik terpenting dalam Bahasa Melayu dan Matematik. Tambah bilangan guru pemulihan di setiap sekolah. P&P lebih berkesan dengan jumlah murid yang kurang. Melalui langkah ini murid yang sangat lemah lebih cepat kuasai kemahiran minima yang diperlukan tanpa mengganggu perhatian terhadap murid yang lemah.
Dengan menggunakan konsep modal insan yang dicadangkan sebelum ini, murid yang lemah dan sangat lemah ini hanya perlu kuasai topik yang terpenting (untuk matematik topik operasi yang empat) dalam satu-satu subjek. Kelas pemulihan 4M seperti ini juga haruslah tidak diganggu dengan subjek-subjek lain kecuali subjek pendidikan jasmani. Fokus utama ialah masalah 4M murid. Dengan kemahiran 4M barulah murid dapat menguasai subjek lain dengan lebih baik.
Bukan ingin menafikan kepentingan subjek lain namun perkara paling asas perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Penambahbaikan 4: Sistem pengurusan berkomputer, Sistem online dan beban kerja guru. Refleksi: Berbanding tahun 90-an, pendidikan di negara ini telah semakin maju dari segi memperoleh data. Semua maklumat dan data yang dikehendaki oleh pihak kementerian dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan sekelip mata dapat ditunjukkan. Namun siapakah pengisi data tersebut?
Tidak lain tidak bukan ialah Guru yang sering kali diingatkan pihak berkaitan ‘core bussiness’ guru adalah mendidik. Justeru tugas guru telah bertambah bukan sekadar pendidik (sangat general selain tugas mengajar guru juga terlibat melatih murid untuk sekian banyak pertandingan kurikulum dan kokurikulum yang sangat baik untuk mendewasakan murid) tetapi juga selaku pegawai kemasukan data. Pelbagai jenis data perlu dimasukkan samada secara manual ataupun berkomputer termasuklah rekod kehadiran, rekod disiplin, SMM (APDM), SAPR, SAPS,SPPBS, e-Operasi dan SPLG. Terdapat juga kemasukan data lain seperti e-nilam dan data berkaitan tahun 6. Saya yakin kebanyakkan guru mengisi data di rumah berbanding sekolah.
Justeru pendapat balik kerja awal tidak tepat kerana pelbagai kerja guru berkaitan sekolah dilakukannya di rumah. Malahan ada yang terpaksa angun seawal empat pagi untuk memasukkan data PBS kerana sistem perlahan walaupun sistem telah memasuki tahun ke dua. Mungkin juga pihak kementerian perlu dengar keluhan guru-guru pedalaman kerana sistem yang pelbagai namun tidak sempurna ini telah menyukarkan tugas mereka (rujuk di facebook kelab guru Malaysia atau Saya Suka Jadi Cikgu).
Masalah: Masalah umum kemasukan data sekolah rendah ialah ia melecehkan bedasarkan faktor pengulangan data, server perlahan dan sistem pengurusan berkomputer tidak berpusat. Memasukkan data dan kemas kini data yang sama berulangkali (SMM dan APDM) sungguh merugikan masa yang seharusnya diperuntukkan untuk usaha memperbaiki amalan P&P guru. Pdf of bangla book ami subhash bolchi. Masalah juga timbul dengan guru terpaksa memasukkan data menggunakan sistem yang tidak stabil/belum siap seperti APDM yang sentiasa dikemaskini(guru juga perlu mengemaskini setiapkali penambahbaikan dilakukan) dan juga sistem online yang lembab(seperti SPPBS dan ini munkin disebabkan server). Paparan antaramuka sistem (APDM dan SPPBS) juga tidak mesra pengguna. Sebagai contoh APDM (aplikasi pangkalan data murid) telah dibina supaya guru terpaksa klik sehingga 3 page untuk memasukkan data seorang murid walaupun seharusnya data tersebut dipaparkan untuk diisi dalam satu page sahaja.
Dengan terpaksa klik sehingga tiga page ini telah mewujudkan situasi melahu, apatah lagi bila sistem perlahan. Begitu juga dengan SPPBS yang hanya memaparkan pengisian data dipaparkan hanya seorang murid berbanding paparan satu kelas. Ia juga sangat tidak mesra apabila guru perlu memasukkan no ic murid berbanding klik pada senarai nama murid yang dilihat lebih mudah. Tambahan pula guru perlu mengisi data band murid berulang kali contohnya untuk mengisi data 2 band yang berbeza topik dan berbeza bulan, guru perlu masuk 2 kali ke paparan muka yang sama bagi murid tersebut sedangkan wajar semuanya dipaparkan dalam 1 muka sahaja. Cadangan: kementerian berusaha mewujudkan satu sistem hybrid berpusat yang mempunyai link dengan pejabat pendaftaran Negara. Sistem tersebut mestilah boleh download data asal murid dari JPN/kementerian (data sahih dan tiada data error) kemudian diisi dan disimpan secara offline(seakan-akan SMM/SAPR) dan dengan satu button boleh upload kembali data murid yang telah diisi(data PBS, Nilam, keputusan peperiksaan dan data maklumat murid) ke dalam sistem.
Ini akan memudahkan guru kerana tidak terlalu bergantung kepada capaian internet. Jadi guru pedalaman dapat masukkan data, kemudian hujung minggu dapat keluar untuk upload data.
Guru lain pula dapat terus isi data (tanpa melahu tunggu loading berulangkali) kemudian upload. Jika capaian internet terputus, guru masih lagi mempunyai data dalam simpanan. Jadi hanya perlu upload semula sahaja. Dan sistem juga mesti memberikan kemudahan kepada guru untuk menggunakan data yang telah dimasukkan dengan menyediakan satu fungsi untuk memindahkan data dari sistem offline tadi ke MS excel untuk tujuan pengurusan guru. Juga dicadangkan agar kementerian mengikut amalan biasa syarikat pengendali sistem komputer agar setiap setiap sistem yang dibangunkan disediakan nombor telefon/emel pihak pengurusan sistem agar segala cadangan atau aduan/kerosakan dapat dilaporkan dan diambil tindakan dengan segera. Cadangan tambahan: Sangat ramai yang memandang sinis terhadap guru yang kononnya bekerja separuh hari dan mempunyai banyak cuti tanpa mengetahui kebanyakkan hari sabtu guru berada di sekolah.
Kebanyakkan masa di rumah juga digunakan untuk menanda dan menyiapkan pelbagai tugas guru yang lain seperti mengisi data. Guru juga diberikan Cuti rehat hanya selama 7 hari dan tidak pula boleh bersambung dengan cuti umum/sekolah berbanding jabatan lain yang sangat fleksibel. Ramai juga tidak sedar guru terpaksa datang waktu cuti akhir dan awal penggal persekolahan disamping menjadi guru tuisyen di sekolah pada waktu cuti(tahun6). Justeru saya mencadangkan agar kajian beban kerja guru yang sebelum ini dikatakan dilakukan, dikeluarkan keputusan hasil kajiannya dan dipaparkan.
Seperti juga pihak bomba yang kini semakin luas skopnya menjadi bomba dan penyelamat, saya juga mencadangkan dengan pertambahan beban kerja guru memasukkan data, profession perguruan di Malaysia dijenamakan semula sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Kemasukan Data. Saya juga minta agar segala dasar baru yang hendak dijalankan perlulah dikeluarkan bersama manual pengguna yang lengkap dalam bentuk buku atau bentuk elektronik (pdf) untuk kemudahan guru merujuk kerana jika hanya melalui Jurulatih Utama pasti berbeza antara sekolah. Sebagai contoh dasar Penilaian berasaskan Sekolah yang telah dilaksanakan namun saya tidak Berjaya jumpa manual lengkap bagi perlaksanaan dasar ini (manual umum ada disediakan).
Akhir sekali saya berpendapat cara terbaik untuk meningkatkan sistem pendidikan Negara ialah dengan ‘tolong guru untuk tolong murid’. Bukan ‘tolong PPD/kementerian dengan bebankan guru’ kerana saya yakin semua guru mahu jadi guru dan bukan jadi kerani.